Dear Hubby...
Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. “Ibu,mengapa ibu menangis ?”. Ibunya menjawab, “Sebab aku wanita.” Saya tidak mengerti,” kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kamu memang tidak akan mengerti……”
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. “Ayah,mengapa ibu menangis ?”
Sang ayah menjawab, “Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan.”
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.
Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat wanita menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri……Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.
Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.
Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya…
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!
” Inilah airmata kehidupan. Kerana airmata jua yang akan mengajar erti jatuh dan bangun dalam sesebuah kehidupan..."
4 comments:
Air mata kasih, berlinangan...berlinangan selaluuuuuu...
Airmata seorang nenek, ibu, isteri, gadis dan si dara kecil. semuanya lebih tajam dari pisau untuk mengiris rasa dan lebih kuat dari tukul besi untuk mentinting hati yang keras. Namun ia menitis lembur dan dingin. membayangkan kedhaifan dan kepasrahan apabila hati seorang wanita itu sendiri teruji atau dikasari.
Tiada siapa dapat menafikan hal di atas. Hanya seorang lelaki yang tidak punya perasaan dan timbangrasa yang siuman, akan suka menguji dan mengasari hati wanita tanpa simpati. Memang Allah Mahaadil dan Mahamengetahui kerana membekalkan kepada kaum wanita ketabahan hati yang istimewa untuk menghadapi segala ujian dan deraan hidup.
Tidak hairanlah jika orang berkata tangan yang menarik tali buaian itu yang akan mendidik dan membesarkan seorang pemimpin negara.

Dear Mummy Anne,
It's quite some time now that you last made an entry;
what's wrong now? You always have a way of expressing yourself that touches the soul. I'm sure many of your friends follow your writings but are too shy perhaps to give their comments. I feel that ladies should speak up so that their men will read, think and
understand the situation. How else can you make them listen?
Post a Comment